Friday 23 January 2015

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Memang tak disangka hujan yang berterusan menyebabkan banjir besar di banyak tempat di Semenanjung Malaysia. Walaupun hampir sebulan berlalu tapi kesan banjir masih dapat dilihat dengan jelas. setiap hari melalui jalan yang pernah ditengelami air membuatkan saya rasa sedih dan insaf.

Siapa sangka daratan yang kita lalui saban hari sekelip mata ditenggelami air dan kesannya menyebabkan kerugian yang besar. Tempat kerja saya turut juga terkena tempiasnya. Tapi persiapan telah dibuat, semua perabot dan peralatan telah dipindahkan ke tingkat atas. 

Saya masih ingat lagi hari Jumaat dimana air paya di belakang pejabat telah mula naik dan kebanyakkan jalan di Temerloh telah dinaiki air. Suami telah menyuruh saya untuk pulang awal kerana kuatir yang saya tidak lepas pulang nanti. Semasa pulang jalan agak sesak sebab air makin naik dan hanya tinggal satu lorong sahaja yang boleh dilalui. Walau bagaimana punAlhamdulillah selamat sampai di rumah. 

Syukur kawasan perumahan kami selamat dan tidak dinaiki air tapi kami lebih kepada "Mangsa Keadaan". Kami juga merasa bekalan makanan yang terhad. Kami juga begitu risaukan rakan-rakan yang terperangkap di Felcra Berhala Gantang. Jika jalan darat yang biasa dilalui hanya mengambil masa 20 minit tapi perjalan menggunakan sampan hampir 2jam.Sangat menguji.

Imrah dari banjir ini sebenarnya banyak menginsafkan saya dan Hubby. Kami lebih bersyukur dan berjimat cerman. Kita juga lebih mengenali seseorang itu bila ujian datang, sikap mereka yang sebenarnya. Semoga kita mendapat SESUATU dari ujian yang Allah turunkan.Dan yang pasti tiada yang mustahil bagi ALLAH.