Wednesday 17 December 2014

ZARCOS PHENOMENON

"TUKAR LAGI? BERAPA HARGA Ni?"

Respon pertama hubby bila tahu saya tukar produk penjagaan muka... Hanya mampu memberi senyuman paling manis... sebab takut kena marah...
Tapi saya cuba yakinkan hubby yang product ni berkualiti.. Di bawah program MOSTI, ada SIJIL SIRIM, selamat sebab ada KELULUSAN KKM, yang ni produk orang perak, kena support dan bla.. bla.. bla...

Pada mulanya agak takut untuk menggunakan produk baru ni... Bukan tidak yakin dengan produk keluaran Bumiputera tapi masalah harga yang ditakuti... Sebab nama je dah gah, packaging cantik sangat... Mesti mahal ni... Syabas saya ucapkan sebab berjaya meletakkan produk kita setaraf dengan produk ANTARABANGSA...
  
Beranikan diri nak "PM" di Facebook Zarcos Skin Care Official. Alhamdulillah layanan yang diberikan amat baik sekali. Semua soalan dijawab dengan jelas. 

Jom kita review product keluaran Zarcos Bioliquid S/B ZARCOS PHENOMENON...




Nak tahu rutin pejagaan kulit wajah dengan ZARCOS PHENOMENON ni??? Tengok bawah ni>>>>>


SEKARANG TENGAH PROMOSI... FULL SET RM116.00 JE.. FREE POSTAGE.


Wednesday 10 December 2014

Syampu Tudung

Assalamualaikum

Hai!!! Hijabis yang cantik bertudung, nampak manis dan sopan bila aurat terpelihara. Tak kira lah fesyen apa dan jenama apa yang di gayakan yang penting kita yakin dengan penampilan kita. Saya selalu ingat kata-kata Prof. Muhaya, " Dunia dalam menentukan dunia luaran kita."

Sebenarnya nak perkenalkan produk yang agak baru di pasaran, Syampu Tudung Puteri Sania. Produk ni diedarkan oleh Kuzi Global, mesti ramai yang kenal Pak Engku tu yang famous tu, produk dia la ni. 

Ni bukan syampu rambut tau, ni syampu untuk tudung kesayangan korang tu. So untuk menjaga tudung kesayangan hijabis semua boleh la guna kan Syampu Tudung Puteri Sania ni.

KELEBIHAN SYAMPU TUDUNG PUTERI SANIA(STPS)


  • JIMAT TENAGA & AIR 

       Sebab STPS ni kurang buih, takyah membilas beria 

  • JIMAT DUIT 

       gunakan sikit air untuk membilas, Tak perlu SOFTENER untuk wangi

  • MEMELIHARA TUDUNG 

      Menjaga warna dan Fabrik kerana bahan cucian mesra alam tak yah risau tangan mulus hijabis semua.

  • ANTI BACTERIA

          Wangian tahan sepanjang hari.

  • PRODUK BUMIPUTERA
  • HALAL

Facebook: Nur Hayati Azwa
WhatsApp/Sms: 016-5084378










Sunday 30 November 2014

Jalan-Jalan cari makan

Aktiviti malam ni jalan-jalan sambil mencuba menu-menu baru. Pantang ada kedai baru buka pasti akan memujuk suami untuk mencuba.
Malam ni kami singgah di Sidin Cafe yang terletak di Dynaton Bukit Angin. Kebanyakkan peniaga di sini adalah Melayu. Saya Bangga.

Makan Western saya hari ni.Saya order Chicken chop with black paper sos dan Hubby Lamp chop. Pada saya makanan kat sini sedap tapi, takde X Factor yang saya cari.

Nampak tak muffin kecil-kecil tu.. Hubby saya beli masa kami sampai di tangga kedai. Membantu peniaga yang berjualan dari meja ke meja. Bila di tanya kenapa beli? sebab dia bukan penggemar kek. Sekadar menjawab, "tak pe lah, rezeki dia....".

Mungkin membantu peniaga kecil, dan mungkin juga perwatakan berkopiah pakcik tu kot, sejuk mata memandang.

Not bad gambar yang ditangkap oleh hubby saya ni pakai telefon dia Lumia dia ni. cantik gambar-gambarnya. Abaikan gambar model yg kelaparan tu. hehehe

                        

Friday 28 November 2014

KENALI JENIS-JENIS KAIN

Jom Kenali Jenis-jenis kain yang anda ingin beli. memandangkan sekarang ni saya sedang giat mencuba belajar menjahit jadi banyak web dan blog yang saya lawati dan jadikan rujukan. Saya dapat artikel ni dari webside brandedcollection dan gambar dari Google. Senang nak buat beli kain lepas ni sebab kita lebih mengenali kain.
JENIS-JENIS KAIN
1. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.
Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.



2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.
Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron(tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)


3. 100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri – ciri lainnya :
-Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
-Menyerap keringat.
-Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
-Kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
-Boleh dicuci atau di dry clean.


4. RAYON

Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.
Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah.








5. KAIN ORGANZA
Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.




6. KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam. Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.

7. KAIN SATIN
Ia biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.







8. POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.
Antara ciri-ciri lainnya :
-Bahan terasa panas dibadan.
- Tidak menyerap keringat.
-Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
-Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
-Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam


9. SUTERA
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
-Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
-Menyerap keringat.
-Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.


10. VISCOSE
Antara ciri – cirinya :
-Terasa lembut dan dingin di kulit
-Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
-Menyerap keringat
-Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
-Boleh dicuci atau di dry clean
-Kotoran dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent


11. LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk casual wear dan dresses
Antara ciri-ciri lainnya :
-Bahannya kaku dan dingin.
-Permukaan kain agak kasar.
-Menyerap keringa
-4x lebih lasak dari cotton.
-Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).-Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam



12. SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.








13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.













14. SCOTCHGUARD yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.












~Pn. Maya~
www.brandedcollection.com.my
gambar : ihsan dari Google

Friday 7 November 2014

Temerloh Dihati Koi

Diam tak diam dah hampir 3 tahun saya menetap di Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung. Di sini juga lah saya kenal dan belajar makan ikan patin dan saya sukakannya. Memang tak sama dengan tempat lain, warna, rasa dan aroma yang betul-betul memikat. Ermmm... Telan air liur kejap, terus rasa nak makan ikan patin tempoyak tengah hari ni.




Bahagian kepala adalah bahagian yang memang dicari. Boleh cuba kalau ke Temerloh.