Monday 30 March 2015

Pengukus Dan Kuih Puteri Ayu

Tak sia-sia Like Kuih Puteri Ayu kat FB Kathy Kay. Kuih kesukaan ramai termasuk lah saya dan hubby... Bila hubby cakap lama dah tak makan kuih tu kita pun masuk jarum lah... jom la beli pengukus nanti sayang buat kuih tu.... Malam tu juga kitaorang pergi beli... mhal juga pengukus ni rupanya.... Beli yg paling comel(kecil) kat kedai tu diameter 22cm. Itu pun dah RM35.99 tau... tapi kena beli juga sebab nak buat kuih tu...
Hari Sabtu lepas, lepas balik kenduri ex-officemate , terus pergi kedai bakeri... Nak beli barang untuk kuih tu... tapi tak leh buat juga sebab kelapa kat kedai dah abih, terpaksa tunggu hari Ahad....

Jom intai-intai resepi kuih Puteri Ayu.Mana tahu ade bahan kat dapur tu boleh la  mencuba.

RESEPI: KUIH PUTERI AYU
Sumber: Page KATHY KAY-JOM jengah dapur KK

Bahan-Bahan
80gm Gula Aising(lebih kurang 3/4 cawan)
2biji telur gred B
1/2 sdt Ovelet
1sdb Tepung Ubi
80gm Santan Pekat (lebih kurang 1/2 cawan)-azwa pakai santan kotak
90gm Tepung Gandum(lebih kurang 3/4 cawan)
Pandan Emulco
Pewarna Hijau

Atasnya
1 cawan Kelapa Parut (putih shj)
1 sdb Tepung Jagung
1/4 sdt Garam

Caranya:
Pukul telur, gula dan ovelet hingga gebu dan pekat.
masuk semua bahan lain dan pukul lagi hingga sebati dan pekat.
Sapu acuan dengan minyak. ambil lebih kurang 1sdt campuran kelapa dan tekan dalam acuan.
Sudukan adunan kedalamnya.
Kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.



Sama pula wana dengan tudung saji
Zoom sikit


Perasmian

Monday 2 March 2015

OPPO NEO

Thanks hubby... belikan tel baru baru... Lepas ni tak pinjam dah telefon hubby untuk tangkap gambar. Tapi telefon ni tak leh la challenge telefon Nokia u tu... Gambar telefon Nokia mmg superb  cantik.....

Tapi tetap syukur.... Rindu pula dgn Tab3.... Sis yg kt kedai telefon tu berkenan dekat Tab3 tu plk... And my hubby pun setuju utk jual Tab3. Sebab dia memang tak suka saya mahu pun dia pakai banyak telefon. No point katanya. Dan orang ada banyak telefon ni orang yang bermasalah katanya (bukan semua la... sebenarnya lebih utk takutkn saya)...

Oppo Neo menjadi pilihan hubby... Faktor harga dan fungsi menjadi pilihan... harga yg berpatutan dan kualiti camera yang agak baik. Lain-lain fungsi biasa je. Tapi fungsi keselamatan pun agak baik....
Keseluruhan ok...

Sunday 1 March 2015

Asam Pedas Temerloh

Jadi la...Daripada tak merasa langsung... Nak makan asam pedas Melaka tak dapat-dapat lagi... Asam pedas Temerloh pun jadilah... Itu pun ambil masa berbulan nak pujuk makan kat Dynaton Bukit Angin tu.

Pengalaman lampau yang memang sukar dilupakan. Gitu..... Makan kat satu kedai ni service dah la SUPER lambat, Rasa makanan sangat mengecewakan.. Sebab tu my hubby fobia nak makan kat area situ kalau boleh jejak kaki pun tak nak. Dasyatnya...

Berbalik pada Cerita Asam Pedas, Asam pedas ni memenuhi kriteria asam pedas yang saya bayangkan. Cukup semua, masam masin pedas manis. tak kecewa la. Concept kedai santai camtu... Memang santai sangat sebab masa kitaorang makan cuma kitaorang 2 je.

Nampak tak makan sampai licin pinggan... bukan pinggan je dengan kuah kuah asam pedah pun licin... sampai nampak dasar kitaorag menghirup... highly recommended utk dtg cuba.