Sunday 12 April 2015

Gold Bar

Assalamualaikum. Salam Saiyidul Aiyam... Jumaat yang barokah.. Allahamdulillah Gold Bar yang saya order dah sampai tadi. Jom kita saving emas pula nak? Kempen dari Power Gold 1gram, 1 bulan, 1 keluarga.
Kenapa emas? Sebab saya penah simpan duit every month saya akan saving dalam account. Tapi bila takde duit, g ATM keluarkan. Lama-lama makin kurang pula duit tu. Pastu terpikir ishhh tak leh macam ni... kena cari cara lain untuk menyimpan.... EMAS.... Ye EMAS...
Kalau korang Perasan harga emas tak pernah turun mendadak? Kalau turun pun sikit je dan sekejap je pula tu... Pastu naik balik. Emas boleh di gadai. In case la korang nk guna duit. Susut nilai yang rendah.
Bila buat survey dan saya pilih Power Gold. Sis Shila guide dan bagi saya penerangan. Saya pun setuju untuk membuat pelaburan pertama dengan  1 gram gold bar. Harga pasaran semasa RM183.00, murah kan? Tapi kalau join member lebih murah.
#1gram1bulan1keluarga
My 1st Gold Bar

Wednesday 8 April 2015

Apam polka dot

Apam ni dah lama Trending... Ramai dah tayang Apam polkadot diorang... Jeles mak nokk tapi apakan daya pengukus idaman hati masih belum di miliki(Nampak Ayat Sedih tu) .
Tapi my hubby dah belikan Pengukus tu untuk isteri tersayang dia....

So kita pun tunjukkan la bakat baking kita... Apam Polka Dot yang Chomel-chomel.... penuh cermat mengeDot tau...(untuk 1st batch je la yg lain ikut dan je....)

Resepi
Sumber: Maaf! saya tak pasti(tuan resepi mohon halalkan ye)

Bahan-Bahan

3 biji Telur-Gred A
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Halus(nak blend gula pasir pun boleh)
3 sudu teh Baking Powder
1 cawan Susu Cair
1 sudu besar Ovellete
1 sudu teh Esen Vanilla
Filling-ikut suka

Cara-Cara

1. Ayak tepung gandum dan baking powder
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovellete hingga betul-betul kembang dan gebu
3. Masukkan susu cair dan tepung gandum sedikit demi sedikt hingga habis.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut citarasa
5. Masukkan adunan kedalam piping beg, 
6. Pipekan separuh je dalam paper cup(boleh rujuk pic kat bwah), letak filling dan letak adunan hingga agak penuh paper cup. Dan corakkan ikut suka.
7. Kukus selama 10-15 minit.






Prepareration... Nampak tak susunan penuh berseni tu
Chocolate Button as a filling  
Polka Dot Sangat

Monday 30 March 2015

Pengukus Dan Kuih Puteri Ayu

Tak sia-sia Like Kuih Puteri Ayu kat FB Kathy Kay. Kuih kesukaan ramai termasuk lah saya dan hubby... Bila hubby cakap lama dah tak makan kuih tu kita pun masuk jarum lah... jom la beli pengukus nanti sayang buat kuih tu.... Malam tu juga kitaorang pergi beli... mhal juga pengukus ni rupanya.... Beli yg paling comel(kecil) kat kedai tu diameter 22cm. Itu pun dah RM35.99 tau... tapi kena beli juga sebab nak buat kuih tu...
Hari Sabtu lepas, lepas balik kenduri ex-officemate , terus pergi kedai bakeri... Nak beli barang untuk kuih tu... tapi tak leh buat juga sebab kelapa kat kedai dah abih, terpaksa tunggu hari Ahad....

Jom intai-intai resepi kuih Puteri Ayu.Mana tahu ade bahan kat dapur tu boleh la  mencuba.

RESEPI: KUIH PUTERI AYU
Sumber: Page KATHY KAY-JOM jengah dapur KK

Bahan-Bahan
80gm Gula Aising(lebih kurang 3/4 cawan)
2biji telur gred B
1/2 sdt Ovelet
1sdb Tepung Ubi
80gm Santan Pekat (lebih kurang 1/2 cawan)-azwa pakai santan kotak
90gm Tepung Gandum(lebih kurang 3/4 cawan)
Pandan Emulco
Pewarna Hijau

Atasnya
1 cawan Kelapa Parut (putih shj)
1 sdb Tepung Jagung
1/4 sdt Garam

Caranya:
Pukul telur, gula dan ovelet hingga gebu dan pekat.
masuk semua bahan lain dan pukul lagi hingga sebati dan pekat.
Sapu acuan dengan minyak. ambil lebih kurang 1sdt campuran kelapa dan tekan dalam acuan.
Sudukan adunan kedalamnya.
Kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.



Sama pula wana dengan tudung saji
Zoom sikit


Perasmian

Monday 2 March 2015

OPPO NEO

Thanks hubby... belikan tel baru baru... Lepas ni tak pinjam dah telefon hubby untuk tangkap gambar. Tapi telefon ni tak leh la challenge telefon Nokia u tu... Gambar telefon Nokia mmg superb  cantik.....

Tapi tetap syukur.... Rindu pula dgn Tab3.... Sis yg kt kedai telefon tu berkenan dekat Tab3 tu plk... And my hubby pun setuju utk jual Tab3. Sebab dia memang tak suka saya mahu pun dia pakai banyak telefon. No point katanya. Dan orang ada banyak telefon ni orang yang bermasalah katanya (bukan semua la... sebenarnya lebih utk takutkn saya)...

Oppo Neo menjadi pilihan hubby... Faktor harga dan fungsi menjadi pilihan... harga yg berpatutan dan kualiti camera yang agak baik. Lain-lain fungsi biasa je. Tapi fungsi keselamatan pun agak baik....
Keseluruhan ok...

Sunday 1 March 2015

Asam Pedas Temerloh

Jadi la...Daripada tak merasa langsung... Nak makan asam pedas Melaka tak dapat-dapat lagi... Asam pedas Temerloh pun jadilah... Itu pun ambil masa berbulan nak pujuk makan kat Dynaton Bukit Angin tu.

Pengalaman lampau yang memang sukar dilupakan. Gitu..... Makan kat satu kedai ni service dah la SUPER lambat, Rasa makanan sangat mengecewakan.. Sebab tu my hubby fobia nak makan kat area situ kalau boleh jejak kaki pun tak nak. Dasyatnya...

Berbalik pada Cerita Asam Pedas, Asam pedas ni memenuhi kriteria asam pedas yang saya bayangkan. Cukup semua, masam masin pedas manis. tak kecewa la. Concept kedai santai camtu... Memang santai sangat sebab masa kitaorang makan cuma kitaorang 2 je.

Nampak tak makan sampai licin pinggan... bukan pinggan je dengan kuah kuah asam pedah pun licin... sampai nampak dasar kitaorag menghirup... highly recommended utk dtg cuba.



Friday 27 February 2015

Baking Mood

Lama sangat dah tak membaking...Sebelum cuti Chinese New year haritu dah cuci oven tu bersih-bersih. Lama sangat dah terbiar oven tu, sian dia....

Masa balik kampung ari tu sempat gak la pergi belajar Macaroon, Eclair n Cream Puff. So mood nk membaking ni dh dtg blik....

Lunch hour hari ni terus pergi kedai Pusat Bekalan Bakery JAQARANDA. Suka pergi kedai ni sebab owner dia Melayu islam, tak perlu fikir halal ke tidak, Owner dia baik dan tak kedekut ilmu.

Ingat nak cari kitchen Scale. Boleh tahan juga harganya. Terus terbantut nak beli. Nanti kita tgk kat COSWAY(ayat nak pujuk hati). Boleh redeem coupon. Sabar ye....

Caramel in th house

Hujung minggu adalah hari surirumah sepenuh masa... Jadi banyak la masa terluang danasa untuk mengasah bakat terpendam.. This week projek  Karamel senang je... pakai Susu pekat. RESEPI ni dapar dari Dr.Ezani yg menang MASTER CHEF.....

So caranya senang sgt... Tp masa yg diambil lama la sikit... 3jam lebih.. Rebus je tin susu pekat jgn buka plak.. buang kertas pembalut dan rebus la tin tu lebih kurang 3jam. Sampai yakin susu kt dlm tu dh berubah warna...

Jom lihat hasilnya