Tuesday 14 October 2014

Home Made Pizza

 Malam Ahad lepas selesai pusingan ke dua bersantai sambil makan Pizza Panas.
Permintaan dari akak dan abang di tempat kerja hubby yang teringin nak makan pizza air tangan saya. Pagi-pagi lagi dah ke Pekan Sehari Temerloh cari barang dapur sikit dan yang penting sekali serbuk kopi segar bukan untuk pizza ek, tapi untuk suami saya. 

            Dah jadi peminat tegar kopi, kopi kampung yang pekat melekat. Hahaha. Tapi memang tak dapat dinafikan memang terbaik kopi pakcik ni. Maaf ye kopi pakcik ni memang tidak ada jenama. Dibungkus segar selepas di mesin. memang sdap jika diminum masa hujan. 
              
             Pukul 2.00 petang dah mula bersiap nak berperang di dapur. Sediakan sos untuk pizza dan topping. proses yang sedikit leceh, sebab kena rebus dan potong cantik-cantik, untuk doh saya mula pukul 5.00 petang. Keluar otot-otot menguli doh, tak yah dah pergi gym. Hehehe...

            Usai solat magrib, mulalah mencanai dan dibantu oleh suami. Syukur sebab dia orang yang memahami dan sentiasa ringan tulang membantu lagi-lagi bila ade tetamu. Maklumlah isterinya ni mudah gelabah. Hehehe. Sambil-sambil menunggu pizza masak saya membancuh kopi o panas yangdi beli di Pekan Sehari pagi tadi. 

             Alhamdulillah, selesai je pizza masak tetamu pun sampai. Kebetulan pula hujan dari petang, kena sangat dengan kopi o panas. Makan sambil sembang-sembang, sambil tengok AF, makan buah duku muar kata makcik yang jual tu. Habis juga 2 loyang pizza tu.

            Pagi ni, bangun awal skit sebab nak buat pizza dan kemas dapur sikit sebab malam tadi mengantuk dan penat sangat jadi sesi mengemas dapur di tunda ke pagi. Semalam memang saja bancuh lebih doh pizza tu untuk bawa ke pejabat. Syukur, kawan-kawan di pejabat pun suka.

Credit untuk sis DayangJack.

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Topping/Filling : (2 large pizza)

  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!           


No comments:

Post a Comment