Wednesday 8 October 2014

Salam Perkenalan

Syukur Alhamdulillah saya dah ada blog sendiri. Terima kasih saya pada kak Aisha Hussein yang sabar melayan kerenah saya dan kak Rafisuhaila Rahim yang memperkenalkan  tentang Akedemi Bekerja Di Rumah(ABDR).

Berurusan dengan mereka atas dasar percaya sahaja, tapi Alhamdulillah saya ditemukan dengan orang yang hebat dan jujur. Sebenarnya saya suka memasak dan kebanyakkan resepi yang saya cuba resepinya dari blogger-blogger yang sudi share resepi mereka. Secara tak langsung timbul pula rasa nak ade blog sendiri.

Saya minat memasak walaupun saya pelajar jurusan Tourism Management. Pelik pun ada, masa belajar dulu pernah cuba nak masuk dapur tp tak sampai 30minit dah pitam tak tahan panas. Bila post hasil masakan dekat facebook roomate masa belajar dulu macam tak caya je. Yang saya ade bakat memasak rupanya.

Rasanya minat saya makin mendalam dalam bidang baking ni bila kedai bakery milik orang Melayu Islam di buka di Temerloh. Kedai ni boleh dikatakn one stop centre, semua keperluan ade di sini. Saya pernah la juga hadir kelas baking/memasak juga turut diadakan dengan bayaran yang minima. Selain pemilik kedai yang ramah dan sudi berkongsi ilmu. Harapan saya suatu hari nanti saya pun akan ada kedai mcm akak ni. Tapi untuk permulaan ni kita buka E-Kedai dulu.

Doakan moga blog ni akan terus berjaya ye!!!

1 comment:

  1. Vint Ceramic Art | TITNIA & TECHNOLOGY
    Explore an all new “Vint Ceramic Art” goyangfc.com project on TITNIA worrione & TECHNOLOGY. Our team of sculptors ford escape titanium and artists have created new jancasino and https://jancasino.com/review/merit-casino/

    ReplyDelete