Tuesday 4 November 2014

Ice Cream in flower pot

Sabtu lepas, selepas kerja hubby ajak keluar dating dan tambah barang rumah. tapi kena balik awal, sebab nak tengok final Piala Malasia, Pahang VS Johor DT.

Dalam perjalanan nak turun tu nampaklah seorang budak lelaki ni makan dalam pasu,siap ada bunga lagi. Teruja sangat tengok. Apalagi,gunakanlah kuasa memujuk. Sanggup patah balik semata-mata nak beli ice cream tu.

Kita orang pilih perisa cappuccino size besar. Hubby belanja. hehehe, terima kasih hubby. Memang respect cara diorang berniaga. kreatif sangat. Sebagai pembeli saya sukakan kelainan. Makanan yang buat kita gembira bila menikmatinya.

Pada mulanya pelik juga, takkan nak letak ice-ceam terus pada pasu tapi rupa-rupanya ice cream diletak di dalam bekas plastic sebelum  diletakkan dalam pasu. Selepas itu taburkan biskut oreo yang dihancurkan untuk Nampak macam tanah dan akhir sekali cucuk bunga di tengah pasu. Dah Siap.

kita orang cadang nak buat macamni untuk majlis makan beradap masa majlis kahwin kakak hubby hujung bulan ni.

No comments:

Post a Comment