Saturday 1 November 2014

Pelamin Simple

 
 
 
Dah lama sangat tinggalkan blog ni. Sibuk dengan kerja dan keluarga. Baru hari ni berkesempatan nak update. Minggu lepas saya dan suami pulang ke kampung menghadiri majlis kenduri abang sepupu saya.
 
Maka terhasillah pelamin yang simple ni. Tapi ni idea Uda, adik saya yang ketiga saya tolong sikit-sikit je. Benarlah kata orang, orang tangan kiri ni kreatif, dia juga pandai menjahit tau. Bukan puji adik sendiri tau, tapi memang betul.   
 
Sebenarnya pelamin ni tak siap sepenuhnya lagi, nanti saya tambah lagi gambar. bunga kertas tu kami beli di Kaison dan yang foam tu buat sendiri, adik saya yang kedua, Kak Ngah yang buat unuk pelamin dia tahun lepas. So Recycle balik.
 
Alhamdulillah selesai juga majlis menyambut menantu, tapi saya balik awal tak dapat nak tunggu sehingga akhir majlis kerana ingin balik ke Pahang, Isnin nak kerja.  tapi saya cuti sampai hari Selasa kerana demam kesokkannya. Orang lain yang sambut menantu orang lain yang demam. hehehe..

No comments:

Post a Comment